Memperkasakan Ummah, Membebaskan AL-Aqsa

Bersama Perjuangan Membela Palestin

28/02/2011 22:51

Pada 26 Feb 2011, telah berlangsung beberapa aktiviti sempena Program Bersamamu Palestin Part II. Antara Masjid dan surau yang terlibat adalah Masjid Al Firdaus Fasa 2, Masjid Al Muhajirin, Matang Jaya, Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma dan Surau Hidayatul Rahman, kpg Gersik.

Penceramah jemputan program ini adalah Prof Dr Hafidzi dan Prof Dr Zin Kandar dari Aqsa Syarif Berhad.

Antara isi penyampaian ceramah secara umumnya adalah agar umat Islam terus menyokong usaha dalam memberi bantuan kepada rakyat Palestin, memahami isu Palestin dengan jelas dan melihat isu Palestin sebagai isu bersama bukannya semata-mata perjuangan rakyat Palestin.

Para hadirin di gesa dalam menyalurkan dana dan sumbangan kepada projek-projek yang sudah dan akan di lakukan, antaranya penyiapan Kilang roti, projek penternakan lembu dan tenusu, projek anak angkat dan anak yatim palestin. 

Selain itu, para jemaah juga di sarankan agar menjayakan boikot barangan Israel seperti Mc Donald, Coca Cola, dan Nestle. Produk-produk ini dengan jelas mempunyai sumbangan untuk zionis. Dengan kefahaman yang jelas, adalah mudah untuk kita melakukan pemnboikotan ini, apa lagi banyak alternatif produk lain bg menggantikan produk di atas seperti coca Radix HPA , Vico, dll.

Seperti yang di sebut Dr ZIn Kandar ketika mengupas ceramahnya, menyatakan dari sudut fekah ' Jika tidak dapat membuat semua, jgn tinggalkan semua'. Ini bermaksud, jika kita tidak dapat membuat semua perkara dalam membantu Palestin, jgn tinggalkan terus, berusahalah sedikit demi sedikit dalam melakukannya, mudahan ALLAH memberi kemudahan kita dalam membantu Palestin, saudara kita seaqidah.

 

Sekitar Penyampaian ceramah di Masjid Al Firdaus (gambar di atas)

 

 

TOT Aqsa Syarif yang di hadiri AJK Aqsa Syarif Seluruh Sarawak

Contact

AqsaSyarifSarawak

aqsasyarifsarawak@yahoo.com

2nd Floor, L3108-3113, SL3, Jalan Astana,
Kuching
93050

Ustaz Azman Zen : 019-4671364

Search site

© 2011 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode